Terma Belian

Terima kasih kerana sudi membeli dari kami. Berikut adalah Polisi Belian, Pemulangan dan Privacy Policy yang menerangkan bagaimana detail anda digunakan dalam laman web ini.

Polisi Belian

1. Belian secara online akan melayakkan anda mendapat 3% cashback.

2. Cashback ini akan dikreditkan ke akaun anda. Sila pastikan anda klik kotak “Create Account” dan masukkan username. Password akan dihantar ke email anda.

3. Cashback hanya akan diterima setelah anda melengkapkan bayaran, dan boleh digunakan untuk belian berikutnya.

4. Semua pembelian adalah dalam matawang Ringgit Malaysia sahaja.

5. Anda juga boleh buat belian sebagai “Guest” yang mana anda tidak perlu tik kotak create account semasa checkout.

6. Belian sebagai Guest Checkout tidak melayakkan anda untuk terima cashback, kerana anda perlu ada akaun.

7. Kami membuat penghantaran menggunakan Pos Laju atau J&T, mengikut situasi yang mana satu lebih pantas. Kos penghantaran melalui pos adalah percuma.

8. Kami juga membuat penghantaran melalui kaedah Cash On Delivery (COD). Lokasi COD adalah seluruh Kuala Lumpur, Damansara, Cheras sehingga di Tol Batu 9. Kos COD adalah RM10.

9. Anda juga boleh Selfcollect di Setapak KL atau Kajang 2.

10. Sekiranya barang yang anda terima berada dalam keadaan seperti dibuka orang, pecah, kemik dan kapsul pecah semasa penghantaran, anda layak mendapat gantian secara percuma untuk unit yang terjejas.

11. Sekiranya dalam tempoh 30 hari menggunakan produk kami, anda mendapat kesan – kesan samping yang menyebabkan masalah lain yang lebih teruk, anda boleh mendapat Jaminan Pemulangan Wang 100%.

12. Sekiranya anda mendapati produk yang di terima diragui keasliannya, anda boleh berhubung dengan kami di halaman Contact Us untuk mendapat kepastian. Terdapat no telefon dan borang pertanyaan yang boleh di isi.

13. Sekiranya anda tidak mendapat sebarang kesan seperti yang ditulis didalam laman ini, anda boleh mendapat Jaminan Pemulangan Wang 100% dalam tempoh 30 hari belian.

Polisi Pemulangan

Berikut adalah Polisi Pemulangan barang yang perlu dipatuhi.

1. Untuk pemulangan barang ianya adalah seperti disebut dalam perkara 10, 11 dan 13 sahaja.

2. Proses pemulangan mestilah melalui Ruangan Support. Anda perlu mengisi borang yang telah disediakan. Tiada soalan peribadi akan ditanya.

3. Pemulangan bagi perkara 13 juga tiada sebarang soalan peribadi akan ditanya. Akan tetapi anda hendaklah jujur dan tidak menggunakan kesempatan ini untuk menganiaya pihak penjual.

4. Untuk proses pemulangan wang dalam perkara 10, 11 dan 13, masa sama anda juga perlu memulangkan semua unit produk bagi memastikan pemulangan penuh dapat dilakukan.

5. Proses Pemulangan akan berlaku dalam masa 3 ke 5 hari bekerja, melalui pindahan bank transfer ke akaun anda.

Polisi Akaun Pengguna (Privacy Policy)

Berikut adalah Polisi Akaun Pengguna yang membeli didalam laman ini.

1. Kami memang menyimpan data pembelian anda didalam laman web ini.

2. Kesemua data anda dijamin selamat dengan penggunaan teknologi penyimpanan maklumat didalam database yang telah di encrypt kepada 2048 bit sekaan maklumat.

3. Selain itu kami menggunakan perisian khas yang telah menutup semua loophole didalam laman web ini yang menjadikannya ia mustahil untuk di hack atau crack.

4. Selain data pembelian, data user account yang klik pada kotak create account juga disimpan didalam laman ini.

5. Anda boleh lihat detail pembelian lepas, jumlah cashback didalam ruangan “My Account“.

6. Kami tidak membuka pendaftaran user melalui halaman My Account, sebaliknya proses pendaftaran hanya berlaku semasa anda buat belian dan klik pada kotak “Create Account”.

7. Tujuan kami menghadkan hanya pembeli sebenar boleh membuat belian adalah untuk mengelakkan akaun spammer daftar dan mengakses laman ini. Untuk security tentu sekali ianya tidak baik.

8. Selain didalam website ini, data anda mungkin disimpan di 3rd party server yang menempatkan senarai prospek yang download ebook percuma kami.

9. Jika anda tidak pernah berikan nama dan email untuk download produk percuma tersebut, bermakna data akaun anda terhad didalam laman ini sahaja.

10. Data anda didalam laman ini mungkin digunakan untuk kami update detail belian, tracking number dan kami juga akan menghantar email pemberitahuan update dan promosi terkini sekurangnya sebulan sekali.

11. Data anda sama sekali tidak akan dijual pada pihak ketiga atau penyebaran tanpa hak. Kami sangat bertanggung jawab dalam memastikan keselamatan website ini berada dalam keadaan terbaik.

12. Hanya mereka yang ada create account boleh mengakses My Account yang mengandungi detail belian lepas dan juga My Wallet untuk melihat cashback.

13. Selain cashbak sistem wallet ini lengkap dengan Sistem Referer yang mana anda sebagai pembeli dapat mempromosi kebaikan produk kami kepada rakan – rakan melalui link unik yang tidak mengandungi detail peribadi. Link tersebut hanya bertanda “wwref=123”, yang mana nombor 123 itu adalah ID anda.

14. Dengan promosikan link ini anda akan mendapat RM50 bagi setiap jualan yang berlaku melalui link referer anda.

15. Terakhir jika anda ingin meminta data pembelian dan user akaun anda dilupuskan dari sistem kami, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi Ruangan Support kami.

Itu adalah detail penuh tentang bagaimana data anda digunakan didalam laman ini.

Secara amnya, apabila anda pilih untuk create akaun; anda mendapat berbagai kelebihan seperti cashback dan program referer yang hanya terbuka untuk pembeli sahaja.

Dan jika anda pilih untuk guest checkout, masih juga data pembelian anda ada disimpan.

Kami sedaya upaya memastikan ianya dalam keadaan selamat setiap masa.

Perkara ini penting supaya anda tahu hak anda sebagai pembeli dan pengguna produk kami. Jika ada apa – apa masalah dikemudian hari, jangan lupa hubungi ruangan support kami.

Terakhir sekali, apabila anda klik butang “Place Order” bermakna anda bersetuju bagaimana data anda digunakan didalam laman web ini.

Scroll to Top